SMS/WA us at 017-3568028.

Instagram: coklatmanis2u
Fb Page: Coklatmanis2u

04 February 2011

Fondant Cake - Purple



Order daripada Anis jugak ni....tq.
Chocolate Moist Cake
Size : 8"
Buttercream & Blueberry Filling

Fondant Cake - Yellow



Order daripada Anis di Subang Bestari. Tqvm Anis sbb tak putus-putus order dgn Kak Ifa.
Chocolate Sponge Cake
Size : 6"
Buttercream & Blueberry Filling

Untuk Hantaran - Tema Pink





Order daripada Anis. Coklat Box Love Shape L & Kapkek Fondant. Tqvm

35 cavity Special Box






Order dari Kak Pidah lagi...tq.

Chocolate Box






Order daripada Kak Pidah dari Alam Budiman. Coklat Box Love Shape saiz XL untuk majlis pertunangan anak saudaranya untuk dibawa ke Terengganu. Tqvm...

35 cavity - Selamat Bertunang

Order dari Hulu Klang. Tq

Order 15 cavity & 35 cavity






Order daripada Ieja. Tq

35 cavity Special Box Gold






Untuk dijadikan hantaran pertunangan sebelah perempuan. Tq Puan Rose...

Oreo Cheese Cake




Mmmmm....sedap betul oreo cheese cake ni. Kalau makan mesti nak terlagi...dan lagi dan lagi... Kalau nak cuba resepi ada kat bawah ni, Ifa jumpa kat dapur Kak Ummi..tq...bahan2 pun Ifa ikut yg dlm kurungan tu...sama mcm Kak Ummi buat. Kalau tak jadi, order la ngan Ifa ye..hehehehe...

Oreo Cheese Cake
(Loyang bulat 8" - 1 biji kek)
Sumber: Citarasawan (Kak Wan)
Jumpa kat: Home Sweet Home (Kak Ummi)

Bahan Base:
200 gm biskut oreo - dibuang krimnya
50 gm mentega cair

Bahan Filling:
750 gm keju krim - (guna 500 gm)
130 gm gula kaster - (guna 110 gm)
1/2 tbsp esen vanila - (Ifa letak 1 tsp)
3 biji telur - (guna 2 biji)
200 ml whipping krim - (guna 150 ml)
1 tbsp lemon juice - (Ifa letak 1 tsp)
15 keping biskut oreo di patah 4 - dibuang krimnya - (letak 20 keping)

Cara-caranya:
1. Dasar Kek: Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan springform/loose base 4.5" sebanyak 1/2 cawan padat (for mini pan). Kacau untuk loyang besar, masukkan kesemuanya dalam pan dan tekan. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.
2. Filling: Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.
3. Masukkan biskut oreo, gaul rata.
4. Ambil 1 cawan penuh krim keju (untuk mini cheesecake) dan tuangkan kesemuanya (untuk loyang besar) ke atas dasar biskut tadi.
5. Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suiz oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
6. Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
7. Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...